Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
(Surah Asy-Syams)
Munculnya sinaran mentari menggantikan gelap gelita di waktu subuh. Mulalah matahari mengerjakan tanggungjawab dan amanahnya yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya. Kemudian dia digantikan pula dengan bulan yang memberi cahaya kelembutan pada waktu malam. Udara yang sentiasa memenuhi ruangan bumi ini pula memberi kita kehidupan. Kehidupan yang dimaksudkan ialah partikel-partikel oksigen yang kita sedutkan dalam diri kita setiap saat. Setiap hari mereka melaksanakan tanggunjawab mereka ini tanpa berehat ataupun cuti di kala manusia semua sibuk bercuti pada waktu hari raya cina yang semakin hampir dengan diri kita. Cuba bayangkan apabila pada suatu hari mereka bercuti. Pada pendapat kalian semua, apa yang akan berlaku kepada kita semua sebagai manusia yang bergantung kepadanya selama ini? Kita saling bergantung kepadanya. Ingin saya tanyakan kepada kalian semua, matahari,bulan,bintang dan juga partikel-partikel tadi, siapakan yang mencipta mereka? tanyakan pada diri anda semua... Pasti dalam diri anda semua terlintas nama Allah s.w.t kan? Mereka ini tidak pernah bercuti atau berehat. Saiz mereka ini pula jika dibandingkan dengan kita, berbeza ke tidak wahai rakan rakan yang saya kasihi.? Mereka ini sangat besar, beribu kali ganda lebih besar daripada kita. Mereka melakukan tanggungjawab mereka setiap hari kerana mereka takut kepada Allah, kerana mereka ini tunduk kepada Allah. Sesungguhnya segala yang saya nyatakan di atas tadi semua juga ialah makhluk ciptaan Allah. Sedangkan mereka yang besar itu takut kepada Allah dan sentiasa mengerjakan ibadah kepada Allah, bagaimana dengan kita ini sebagai manusia yang kecil ini? Berapa kerap kita bertasbih kepada Allah? Memuji kebesarannya, Bersyukur di atas nikmat yang diberikannya. Solat yang diwajibkan dilakukan, adakah kita tunaikan dengan bersungguh-sungguh seperti matahari yang bersungguh-sungguh memancarkan cahaya kepada bumi agar bumi ini terang. Cuba fikirkan rakan rakan yang saya hormati.
Kita selama ini sombong, bongkak dan takbur sesama manusia. Kita memandang rendah dan hina kepada orang yang lemah. Kita mengabaikan solat kita. Kita merasa diri kita sangat besar dengan nikmat dan harta yang kita ada. Namun segala itu siapa yang memberi? Jikalau Allah ingin menarik segala nikmat itu,dalam sekelip mata sahaja dia boleh menariknya. Ingin saya tanyakan di sini, berapa kali anda semua mengucapkan alhamdulillah kepadanya dalam sehari? Sedarlah wahai rakan yang dikasihi, kita semua hanyalah hambanya yang kecil. Buangkan segala sifat sombong dan angkuh dalam diri kita. Syukurilah nikmat yang diberi olehnya. Jangan kita lalai dengan segala benda yang ada di dunia ini.