Malam ini menyedarkan saya mengenai sesuatu yg lama saya lupakan. Saya baru selesai makan bersama 2 orang rakan. Ketika kami di kedai makan tersebut, kami berbincang mengenai cara kehidupan pada masa akan datang. Bermula dengan kos kehidupan yang kian meningkat. Pernah sekali abang saya bercerita, pada hari ini, seorang pekerja yang bergaji RM 3000 boleh dikategorikan sebagai orang yang berpendepatan rendah. Berbeza dengan beberapa tahun yang lepas, seseorang yang bergaji RM 1000 sudah mampu menyara kehidupan sebuah keluarga. Bagaimanakah kehidupan kita pada hari ini sangat bergantung kepada wang ringgit. Bil telefon, Sewa Rumah, Bil air / elektrik, Makan minum, Minyak kereta. *Ini masih belum termasuk dengan perbelanjaan hiburan yang menggunakan wang. Baru saya sedar bagaimana bersusah payah kedua ibu bapa saya yang siang malam bekerja untuk menyara hidup keluarga selama ini, dan tidak pernah memikirakannya sebaliknya hanya tahu menadah tangan dan meminta dari mereka lalu membelanjakan tanpa memikirkan kesusahan yang mereka lalui. Bagaimanakah nanti, ketika saya mula bekerja dan hidup berdikari lalu hidup berpasangan dan kemudiannya dikurniakan pula dengan anak anak yang akan hidup pada dunia yang lebih mencabar. Kos hidup semakin hari semakin meningkat, peluang pekerjaan semakin lama semakin berkurangan.
Kemudian, kami membincangkan mengenai topik yang menjadi bahan bualan oleh semua penduduk bumi sejak kebelekangan ini- 2012. Ada teori mengatakan bahawa pada tahun 2012 dunia akan 'kiamat'. Kiamat itu adalah ketentuan Allah, maka kita sebagai umatnya seharusnya tunduk padanya. Kiamat itu dia yang menentukan bila akan terjadi dan bukan kita, hamba yang dicipta olehNya. Saya akan cuba terangkan konteks 'kiamat' yang dinyatakan oleh teori tersebut agar difahami oleh pembaca. Para saintis telah menjalankan kajian dan mereka mendapati pada ketika itu, sistem 'electric field' bumi akan terganggu yang berpunca daripada pelanggaran planet lain ke atas sistem tersebut. Pada ketika itu, segala punca elektrik pada masa itu akan tergendala dan dunia akan berada di dalam gelap gelita, haiwan haiwan pula mati dan segala sistem perhubungan akan putus! Mengapa saya highlightkan sistem perhubungan di situ? saya ingin pembaca renungkan, bagaimanakah kehidupan anda sekiranya internet di tempat tinggal anda gagal berfungsi? dan bagaimana pula telefon anda tidak dapat melakukan hubungan kepada sesiapa? televisyen HD, 3D atau apa apa saja teknologi yang ada pada hari ini semuanya mati dan tidak dapat berfungsi? Apakah yang anda rasakan? Kereta-kereta yang gah memacu di jalan raya pula tersadai kerana sistemnya juga diganggu. Ini hanyalah teori yang disampaikan oleh para saintis, sejauh masa kesahihannya itu adalah atas kehendak Allah. Allah maha mengetahui. Mungkin ianya tidak berlaku pada tahun 2012 dan yang pastinya akan muncul satu hari yang senarionya menyamai apa yang dinyatakan oleh teori tersebut. Mungkin juga teori ini sudahpun dinyatakan di dalam Al-Quran yang diturunkan beribu tahun yang lalu tanpa kita sedari.
Bayangkan ianya berlaku dan sudakah kita semua bersedia untuk menghadapinya?
Renung-renungkan...